Airil Syah Al-Qardhawi's Site

Sedang asyik mencari ceramah-ceramah dari klip video http://www.youtube.com/, gambar Al-Fadhil Ad-Doktor Wahbah Az-Zuhaili telah menarik minatku untuk mendengar kupasan beliau dari satu forum dalam satu pertemuan dialog yang di anjurkan oleh Al-Jazirah.

Mendengar soalan yang dibacakan oleh pengacara program yang diajukan kepada Al-Fadhil Ad-Doktor, Aku agak perasan, apakah perbincangan yang akan diutarakan.

Mendengar ulasan Al-Fadhil Ad-Doktor, agakanku itu telah kena pada sasarannya, iaitu perbincangannya lebih kepada perbincangan tentang perkara yang dianggap bidaah, disamping perbincangan dilibatkan dengan perkara ijtihad.

Mendengar ulasan Al-Fadhil Ad-Doktor, hatiku terdetik untuk menulis satu article berkenaan dengan perkara yang dibincangkannya itu, iaitu perbincangan tentang Bidaah, walaupun sebelum ini sudah dibincangkan dalam ruangan blog ku.

ASAL PERKARA IBADAH ADALAH BIDAAH

Sekadar pembacaanku yang agak terbatas, hanya dua kitab sahaja aku menjumpai kaedah ini termaktub, iaitu dalam kitab Al-Muwafaqat Fi Usul As-Syariah karangan Imam As-Syatibi dan Kitab Al-Wadih Fi Usul Al-Fiqh karangan Muhammad Sulaiman Al-Asyqar.

Dalam Kitab Al-Muwafaqat, kaedah itu berbunyi;

ÇáÃÕá Ýí ÇáÚÈÇÏÇÊ ÈÇáäÓÈÉ Åáì ÇáãßáøóÝ ÇáÊÚÈÏ Ïæä ÇáÇáÊÝÇÊ Åáì ÇáãÚÇäí

Maksudnya;
“Asal dalam perkara ibadat dengan dinisbahkan kepada mukallaf adalah “At-Taabbud” tanpa berpaling kepada maani”(2/513)

Adapun dalam kitab Al-Wadih Fi Usul Al-Fiqh, kaedah itu berbunyi;

ÇáÃÕá Ýì ÇáÚÈÇÏÇÊ ÇáÊÍÑíã

Maksudnya;
“Asal dalam perkara Ibadat adalah Haram” (m.s : 45)

Kaedah ini melahirkan satu natijah, iaitu semua perkara yang melibatkan kepada ibadat, jika tidak mempunyai dalil, maka amalan ibadat itu haram dilakukan, walaupun ianya dilihat baik pada pandangan “mata” sekalipun.

Dalil-dalil yang disandarkan kepada kaedah ini adalah antaranya;

Firman Allah;

Çáúíóæúãó ÃóßúãóáúÊõ áóßõãú Ïöíäóßõãú æóÃóÊúãóãúÊõ Úóáóíúßõãú äöÚúãóÊöí æóÑóÖöíÊõ áóßõãõ ÇáúÅöÓúáóÇãó ÏöíäðÇ

Maksudnya;
“Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu”

(Surah Al-Maidah : 3)

Daripada Aisyah R.Ha, bersabda Nabi SAW;

ãóäú ÃóÍúÏóËó Ýöí ÃóãúÑöäóÇ åóÐóÇ ãóÇ áóíúÓó Ýöíåö Ýóåõæó ÑóÏøñ

Maksudnya;
“Barangsiapa yang mengadakan perkara baru dalam urusan kami ini yang tiada ia padanya, maka ia adalah tertolak” (Sahih Al-Bukhari : hadis no : 2499)

Dari pemahaman inilah, lahirlah satu ungkapan yang disebut sebagai bidaah mungkarah yang diharamkan oleh Allah SWT.

Sabda Nabi SAW;

æóÅöíøóÇßõãú æóãõÍúÏóËóÇÊö ÇáúÃõãõæÑö ÝóÅöäøó ßõáøó ãõÍúÏóËóÉò ÈöÏúÚóÉñ æóßõáøó ÈöÏúÚóÉò ÖóáóÇáóÉñ

Maksudnya;
“hindarkan diri dari perkara-perkara baru. Maka sesungguhnya setiap perkara baru adalah bidaah dan setiap bidaah adalah sesat” (Abu daud : hadis no : 3991)

Pun begitu, menentukan sesuatu amalan itu bidaah atau tidak, ianya tertakluk kepada ketiadaan dalil. Dalam keadaan sedemikian lah, baru sesuatu amalan itu boleh dikatakan bidaah.

Adapun wujudnya dalil atas sesuatu amalan, samada dalil itu berbentuk dalil yang zahir, atau secara “batin” atau disebut juga sebagai “khafiy”, maka ianya tetap dikira sebagai amalan yang tidak bercanggah, bahkan ianya dikira sebagai amalan masyruiyyat (yang disyariatkan).

Hal ini diakui sendiri oleh ulama-ulama hadis. Antaranya adalah Muhammad Syams Al-Haq Al-‘Azim Al-abadi yang menyatakan dalam kitabnya yang bernama “’Aun Al-Ma’bud” sebagai mensyarah sunan Abi Daud, dalam mensyarahkan maksud “ãÇ áíÓ Ýíå” adalah;

Ãóíú ÔóíúÆðÇ áóãú íóßõäú áóåõ ÓóäóÏ ÙóÇåöÑ Ãóæú ÎóÝöíø ãöäú ÇáúßöÊóÇÈ æóÇáÓøõäøóÉ

Maksudnya;
“Iaitu sesuatu yang tiada sandaran zahir atau (sandaran) tersembunyi daripada Al-Kitab dan As-Sunnah” (10/126)

Dari ini jelas kepada kita, walaupun sesuatu amalan itu pada asalnya tidak diamalkan oleh mereka yang terdahulu, tetapi amalan tersebut mempunyai sandaran nas syariat, samada berbentuk zahir nas, atau khafiy nas, maka amalan itu dikira sebagai amalan yang masyruk (disyariatkan).

Maka dengan ulasan inilah, tidak hairan dalam Klip Video, Dr Wahbah Az-Zuhaili sendiri menyatakan keharusan merayakan Maulid Nabi SAW setelah di tanya oleh pengacara dalam bicara Al-hayah Wa As-Syariah, disamping beliau sendiri mengakui amalan itu memang datang dari golongan fatimiyyin, tetapi dalam masa yang sama beliau menyatakan, bentuk keharusan yang dibenarkan oleh syariah.

TIADA KIAS DALAM PERKARA IBADAT

Dari kaedah “asal perkara ibadat adalah bidaah”, maka disana lahir lagi kaedah yang berbunyi;

áÇ ÞíÇÓ Ýì ÇáÚÈÇÏÉ

Maksudnya;
“tiada kias dalam perkara Ibadat”

Dalam kitab Al-wadih fi Usul Al-Fiqh karangan Dr Sulaiman Al-Asyqar, beliau menggunakan istilah;

ãÇ áÇ íÞÇÓ Úáíå ãä ÇáÃÍßÇã

Maksudnya;
“Perkara yang tidak boleh dikiaskan atasnya daripada hukum-hukum”

Menurut Dr Sulaiman, antara perkara yang tidak boleh dikiaskan adalah perkara yang melibatkan taabbudi, seperti melontar jamrah, sai antara safa marwah, berwudu’ dan sebagainya. (m.s : 248)

Antara contoh yang lain adalah, dalam isu sampai pahala membaca Al-Quran di kubur. Jika dilihat dari ulasan ulama ahli hadis, kebanyakan mereka mengatakan hukumnya adalah haram.

Alasan mereka adalah, dalil yang menyatakan sampai pahala membaca Al-Quran di kubur adalah di rujuk kepada kaedah “kias jali”.

Ini adalah kerana, ianya merujuk kepada hadis pelepah tamar, iaitu hadis di kala nabi SAW meletakan dua belahan pelepah tamar pada kubur yang ahlinya sedang di azab. Setelah nabi SAW meletakan pelepah tersebut, baginda SAW menyatakan;

áóÚóáøóåõ íõÎóÝøöÝ ÚóäúåõãóÇ ãóÇ áóãú íóíúÈóÓóÇ

Maksudnya;
“mudah-mudahan ianya dapat merengankan daripada kedua-duanya selama ianya tidak kering”(sahih Al-Bukhari : hadis no : 209)

Pun begitu, jika di rujuk kepada kepada ulasan mereka yang menggunakan manhaj Mazhab hanafi, istidlal ini dipanggil sebagai “dalalah An-Nas” yang ianya bukan dibawah perbincangan kias dalam perkara ibadat.

Dalalah An-Nas dikenali juga dengan beberapa nama, antaranya Fahwa Al-Khitab, atau Syafiiyyah menamakannya sebagai Mafhum muwafaqat.

Maka dengan sebab itulah, tidak hairan, berlaku khilaf dikalangan ulama tentang sampai pahala baca Al-Quran kepada si mati yang dibacakan di atas tanah perkuburan berdasarkan penghujahan dalil ini.

oleh itu, jelas kepada kita, perbezaan pendapat ulama dalam isu ini, atau isu-isu hukum yang lain adalah berpunca dari manhaj dan cara pengambilan dalil dari nas-nas syariah, yang ianya layak di toleransikan.

PENUTUP

Dengan ulasan ringkas ini, dapat memberi satu gambaran asas dalam mengetahui “turuq al-istinbat” dari nas-nas syarak dalam menentukan sesuatu hukum.

Disamping itu juga, tulisan ini mengharapkan keterbukaan golongan yang mudah menyesatkan golongan lain dengan sebab “keras kepala” dan “taassub” dengan pandangan “guru-guru” mereka.

Begitujuga, mengharapkan mereka yang mendalami nas-nas syariat (tafsir dan Hadis) dari guru-guru bermazhab Hanafi agar melihat balik cara pengambilan dalil dari nas-nas syariat dan dapat menghormati pandangan ulama yang tidak sealiran dengan mereka.

Mudah-mudahan kita semua mendapat hidayah dari Allah SWT

Airil Syah Al-Qardhawi

 


abutariq wrote on Jan 1
pena baca al wajiz fil usul fiqh karangan syeikh prof dr karim zaidan dan juga karanga prof dr wahbah zuhaili?

dlm tu ada tulis metod hanafiyyah dlm istidlal hukum..terperinci...

mmg ada kaedah kias juga di guna..budak UM yang ngaji fiqh usul guna buku karim zaidan..tnya dorg apa kandungan dia..
Comment deleted at the request of the author.
ishtishad wrote on Jan 2
assalamaualaikum...
bole bagi alamat url dr wahbah zuhaili dalam youtube?
setahu sya la kitab yang kamu sebut tu bukan menjadi kitab rujukan dalam perbincangan bidaah. perbincangan in telah di ketahui ramai. menerusi pemerhatian saya dari artikel ni perkara utama adalah memahami dalil yang ada. ulama sendiri berbeza pandangan dari sudut kefahman dalil yang ada. cuma perbezaan ini tidakla sampai boleh mengatakan perkara yang bidaah boleh dibuat.
perbincngan mereka sebenarnya bukan ttg bidaah tetapi uruf setempat sesuatu masyarakat.
kalau cakap dr wahbah zuhali membolehkan maulid itu saya ndak tau. atau sekadar mendengar kata2 org lain.
kitab yang dinyatakan merupakan kitab arab yang ndak da dalam bahasa melayu. adakah saudara pasti dalam kitab itu menyatakan sedemikian?
imam syatibi merupakan ulama yg cukup terkenal dalam bdang usl al-fiqh. perbincngan dalam kitab yn saudara sebut tu sekadar perbincangan usl al-fiqh. sedangkan ada kitab yang muktabar yg imam syatibi tulis yang dijadikan rujukan ulama dari dulu sampai sekarang berkaitan perbincangan bidaah iatu al-i'tisam. bole rujuk kitab ini.
satu lagi saya nak tahu dimana dapat atikel ni?saya nak tengok semula pada web yang sebenar.sbb tulisan arab tu ndak bole baca.
Add a Comment
   
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help